Kontroversi Sazali Samad

Pada September 2015, Sazali telah digantung dari sukan bina badan Malaysia akibat kegagalannya dalam ujian salah guna dadah oleh Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas), diatas kecuaian sendiri dalam memakan makanan tambahan yang mengandungi bahan terlarang tanpa disedarinya, ia mengakibatkan Sazali menerima penggantungan selama 4 tahun.[13] Penggantungan Sazali tidak berkesudahan, selepas menyertai dan memenangi kategori 75kg di Kejohanan China Sport Show Fearless Bodybuilding Physique & Bikini di Shanghai, pada Mei 2018[14], Sazali digantung lagi 4 tahun,[15], sehingga tahun 2023.[16] Justeru, Sazali mengambil keputusan untuk keluar dari Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF).[17]

Bagi meneruskan kerjaya sebagai ahli sukan bina badan, Sazali pernah merayu penggantungannya dikurangkan sebanyak 2 kali, namun ditolak oleh persatuan.[18][19][20]

Rujukan

WikiPedia: Sazali Samad http://www.astroawani.com/berita-sukan/akademi-saz... http://www.astroawani.com/berita-sukan/sazali-sama... http://www.stadiumastro.com/sports/others/article/... http://www.stadiumastro.com/sukan/sukan-lain/artik... http://terbakor.com/2014/12/11/sazali-samad-menang... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&d... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&d... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&d... http://www.mstar.com.my/sukan/sukan-ekstra/2014/04... http://www.sinarharian.com.my/personaliti/sazali-f...